haih, diam tak diam setahun sudah aku tinggalkan blog ni tanpa rasa ingin menjenguk.. haha.. kesian kau blog. okay now i'm back, tak tau jugak untuk berapa lama, lol~
last post aku dalam bulan september jugak, tahun lepas. hehe.
okay, sekarang aku nak ucapkan selamat hari raya untuk semua, kepada sesiapa yang nak memulakan perjalanan yang jauh untuk pulang ke kampung halaman, aku ucapkan selamat memandu, pandu dengan berhati-hati, biar lambat asal selamat.
oh ya, bercakap tentang memandu.. sejak aku bergelar 'pemandu' ni, aku perhatikan ramai yang bersikap kurang sabar di atas jalan raya, pantang lah di 'cabar' sikit, pasti melenting. bukan setakat mulut yang melenting, hati pun jadi panas, adrenalin rush pun menjadi-jadi. lepas tu, lu fikir lah sendiri. kalau yang selamat, alhamdulillah. kalau dah takdir, innalillah.
bukan pemandu lain je, aku rasa aku pun sama. tapi setakat ni alhamdulillah aku masih mampu menahan sabar. aku tak mahu nyawa aku tergadai di jalan raya. juga tak mahu mencederakan diri sendiri disebabkan perkara-perkara sebegini. *tak nak cederakan si puteh juga adalah salah satu sebabnya..sayang oi kat si puteh!* lagi pula apa faedah nya kita melayan orang yang tak reti nak bersabar di jalan raya? paling-paling kita juga nanti akan di anggap sama TAK RETI SABAR macam mereka-mereka itu. nah, kan 2x5 tu jadinya. maka dengan itu, tingkatkan lah tahap kesabaran anda di jalan raya ye wahai pemandu-pemandu sekalian.
aku akan pulang ke kampung, mungkin malam ini, mungkin pagi esok. yang pasti, aku akan pulang ke pangkuan ibu bapa ku malam ini, selepas berbuka. big boss aku call, suruh balik petang. tapi ampun wahai abahku, aku tak sanggup meredah kesesakan jalan raya di waktu petang-petang sebegitu. adalah lebih baik aku kenyangkan perut aku dulu, barulah aku boleh memandu dengan senang hati! yeay! *sounds selfish rite? lol~*
jadi, selamat hari raya semua! ampun dan maaf ku pinta andai ada salah silap dalam perkataan atau perbuatan. semoga selamat semuanya. amiin.
hingga jumpa lagi, insyaAllah.